Maya Rudolph
Maya Rudolph

Maya Rudolph

Maya Khabira Rudolph[1] (lahir 27 Julai 1972) ialah pelakon, pelawak dan penyanyi wanita Amerika Syarikat. Rudolph mula dikenali pada pertengahan 1990-an sebagai ahli kugiran rock alternatif The Rentals, sebelum menyertai kumpulan improvisasi The Groundlings pada dekad berikutnya. Pada tahun 2000, Rudolph menjadi salah seorang barisan pelakon dalam siri komedi sketsa lewat malam NBC, Saturday Night Live dan kemudian muncul dalam peranan pembantu dalam filem seperti 50 First Dates (2004),[2] A Prairie Home Companion (2006) dan Idiocracy (2006).Selepas meninggalkan Saturday Night Live pada 2007, Rudolph muncul dalam Grown Ups (2010), Bridesmaids (2011), Grown Ups 2 (2013), Inherent Vice (2014), Sisters (2015), CHiPs (2017) dan Wine Country (2019). Beliau juga menyumbangkan suaranya dalam filem animasi Shrek the Third (2007) dan Big Hero 6 (2014). Selain penampilan filemnya, Rudolph memegang watak sebagai Ava Alexander di sitkom NBC Up All Night dari 2011 hingga 2012 dan menjadi pengacara bersama Martin Short dalam siri aneka Maya & Marty pada tahun 2016. Dari tahun 2018, Rudolph muncul dalam siri fantasi komedi NBC, The Good Place, di mana beliau menerima dua pencalonan Primetime Emmy Award untuk Pelakon Undangan Paling Cemerlang dalam Siri Komedi.

Maya Rudolph

Pekerjaan Pelakon, pelawak, penyanyi
Ibu bapa Richard Rudolph
Minnie Riperton
Pasangan Paul Thomas Anderson
(2001–kini)
Anak 4
Tahun aktif 1996–kini
Kelahiran (1972-07-27) 27 Julai 1972 (umur 47)
Gainesville, Florida, Amerika Syarikat
Kediaman San Fernando Valley, California, Amerika Syarikat